ku tinggalkan hari semalam bersama sebuah kenangan yang tidak mungkin dapatku lupakan .. hidup ini umpama pelangi , yang kelihatan cukup indah dan menyeronokkan namun kadangkala cuaca yang cukup indah itu boleh bertukar menjadi mendung serta kadangkala ianya diikuti dengan bunyi guruh yang menakutkan .. dalam setiap kehidupan pastinya akan hadir suka, duka, gelak ketawa, menangis, kecewa, terluka dan sebagainya .. namun tahukah anda dengan adanya semua itu ianya mengajar kita ERTI KEHIDUPAN ..
tanggal 3 mei 2013, maka tamatlah sudah tugas kami sebagai pelajar praktikal di Jabatan Kerja Raya Batu Pahat .. di sini terciptanya persahabatan dan di sini jugalah kita berkongsi segala suka dan duka bersama ..
dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga JKR Batu Pahat yang telah memberikan kerjasama sepanjang kami berada di sana .. tanpa kerjasama yang diberikan dari kalian semua maka tidak mungkin kami dapat menamatkan sesi latihan industri ini dengan jayanya .. ampun dan maaf seandainya diriku ini terkasar bahasa dalam bicara, tertanya yang tidak tentu hala, termakan terambil harta benda serta halalkan segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan .. jasa kalian semua tidak dapatku balas, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya .. SYUKRAN JAZILAN
kepada semua rakan-rakan yang turut sama menjalani praktikal di JKR Batu Pahat, disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan sepanjang kita bersama-sama menimba ilmu di JKR Batu Pahat .. terima kasih juga di atas segala perkongsian ilmu yang telah diberikan .. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula persahabatan .. oleh itu saya ingin memohon maaf atas kegala kesilapan yang telah dilakukan sama ada secara sengaja mahupun tidak .. moga persahabatan kita kekal untuk selamanya bukan hanya sekadar di sini sahaja .. InsyaAllah ..yang baik jadikanlah tauladan dan yang buruk jadikanlah sempadan .. kita semua ini layaknya sebuah keluarga, disaat kegembiraan menjungguk kita semua sama-sama kita bergelak ketawa dan di saat kesusahan menerjah kita, kita harungi ianya juga bersama-sama .. moga kenangan yang tercipta sepanjang 5 bulan ini akan menjadi memori terindah yang tidak akan kita lupakan .. selamat maju jaya saya ucapkan kepada kalian semua .. moga kalian dapat mencapai apa yang kalian hajati .. tidak bahagia kehidupan sesseorang tanpa dipenuhi dengan kegembiraan dan kesedihan, oleh itu hadapilah kegembiraan dengan SYUKUR dan harungilah kesedihan dengan REDHA .. yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti namun yang yang tumbuh dan berganti itu pasti tidak akan sama dengan yang patah dan yang hilang .. jadi simpanlah setiap kenangan itu di satu sudut yang tidak mungkin akan dilupakan kerana sejarah tidak mungkin berulang biarpun air mata darah yang mengalir.. :D
jom kita imbau kembali kenangan kita bersama .. :D
![]() |
| gambar semasa sambut befday izaty .. hewhewhew |
| jom kita makan duluuuu !!! .. :D |
![]() |
| riadah cara kami ,, mari bersama manjaga kesihatan .. hee~ |
![]() |
| keriangan kami .. :P |
![]() |
| rehat sebentar setelah keletihan berjalan .. ngee~ |
![]() |
| celebrate befday teha .. :D |
![]() |
| sempena sambutan maulidur rasul peringkat JKR Batu Pahat .. :) |
![]() |
| di mana-mana pon bley .. hahahaha |
![]() |
| kami juara kampung dusun .. kahkahkah |
| boboiboy mari weiiii .. hihihihi |
| suka suki persahabatan .. :D |
| mengulangi zaman keanak-anakan yang telah lama ditinggalkan.. hee~ |
![]() |
| jom posing bersama kami .. |
| indahnya persahabatan .. :D |
| candid !!! |
![]() |
| ambil gambar untuk kali terakhir di ofis sebelum kami meninggalkan JKR BP .. mata masing-masing sudah mula merah hendak nangis .. hahaha!!! |
| celebrate sempena tamat latihan industri .. makan bersama mereka untuk kali terakhir .. :'( |
![]() |
| My Family .. :D |
kepada seluruh warga DKA 4D politeknik sultan haji ahmad shah juga tidak ketinggalan diucapkan ribuan terima kasih di atas segala info yang telah diberikan berkenaan dengan latihan industri ini sepanjang LI ini berjalan .. jumpa kalian semua pada 8 mei nanti ye .. :)
![]() |
| rakan-rakan seperjuangan .. :) |
KHAS UNTUK SEMUA .. :D
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong julokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.
pisang emas di bawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh di bayar,
hutang budi di bawa mati.
kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti,
kalau ada silap dan salah,
jangan di simpan di dalam hati.
kalau ada semur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita bertemu lagi.
JASAMU DIKENANG












